Sejarah Tebakang (kawasan negeri)

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Tebakang sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Serian. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Tebedu. Michael Ben Anak Panggi telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Tebakang selama lima penggal pilihan raya negeri Sarawak.[3]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Michael Ben Panggi dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menang dan telah menewaskan dua calon lainnya iaitu Richard Dampeng dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Justin Ahan Anak Engkayong dari Parti Perikatan (PERIKATAN). Sebanyak 7,754 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Michael Ben mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 2,864, Richard Dampeng pula mendapat undian sebanyak 1,920 dan paling sedikit ialah Justin Ahan iaitu sebanyak 1,606 undi.[2]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Micheal Ben dari parti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Andrew Bujang Bareng dari parti Barisan Nasional (BN). Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Tebakang terletak di Dewan Masyarakat Serian di Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak sama dengan tempat penanaman calon iaitu Dewan Masyarakat Serian. Kerusi DUN Tebakang ketika itu dimenangi oleh Parti Bansa Dayak Sarawak.[4]